Waktu Musim Panas (DST)

Ketahui apa itu DST dan bagaimana ia mempengaruhi waktu perdagangan.

Apakah itu Waktu Musim Panas (DST)?

Daylight Saving Time (DST) juga dikenali sebagai Waktu Musim Panas. Secara amnya, kawasan yang mengalami DST akan menyesuaikan jam mereka ke depan dengan satu jam pada awal musim bunga, dan menyesuaikannya ke belakang dengan satu jam pada musim gugur/luruh ke Waktu Standard (juga dikenal sebagai Waktu Musim Sejuk).

Tujuan utamanya adalah untuk memanfaatkan cahaya siang dengan lebih baik kerana musim panas mempunyai lebih banyak waktu siang. DST akan mempengaruhi waktu perdagangan dan penting bagi peniaga untuk memahami cara ia berfungsi.

Bagaimanakah DST berfungsi?

Tidak semua wilayah mengamalkan DST dan tidak semua wilayah yang mengamalkan DST akan menggunakannya pada hari yang sama. Apabila DST bermula, jam dilanjutkan sejam ke depan dari jam 02:00 hingga 03:00 mengikut waktu tempatan. Apabila tamat, jam dibalikkan satu jam dari jam 02:00 hingga 01:00. Ini bermaksud bahawa zon waktu di wilayah tempatan akan berubah seiring dengan DST. Sebagai contoh, semasa Waktu Standard, New York berada di zon waktu GMT-5. Apabila DST bermula di New York, jam akan ke hadapan sejam ke depan dan New York akan berada di zon waktu GMT-4.

DST Bermula DST Tamat
14 Mar 2021 7 Nov 2021
DST Bermula DST Tamat
28 Mar 2021 31 Oct 2021

Bagaimanakah DST mempengaruhi waktu perdagangan?

Pelayan Perdagangan MetaTrader 4 TriumphFX akan selalu merujuk kepada zon waktu GMT, dan tidak dipengaruhi oleh perubahan jam DST. Ini bermakna waktu buka pasaran dan perdagangan akan berubah! Terdapat dua wilayah DST yang mempengaruhi waktu perdagangan: wilayah Amerika Syarikat dan Eropah.

Waktu Standard (Sebelum 14 Mac 2021)

Location
Timezone
Buka Pasaran
New York
GMT-4
Ahad 17:00
Waktu Pelayan
GMT
Ahad 21:00
London
GMT+1
Ahad 22:00
Limassol
GMT+3
Isnin 00:00
Hong Kong
GMT+8
Isnin 05:00
Sydney
GMT+11
Isnin 08:00

DST Amerika Syarikat Bermula (Antara 14 - 26 Mac 2021)

Location
Timezone
Buka Pasaran
New York
GMT-4
Ahad 17:00
Waktu Pelayan
GMT
Ahad 21:00
London
GMT+0
Ahad 21:00
Limassol
GMT+2
Ahad 23:00
Hong Kong
GMT+8
Isnin 05:00
Sydney
GMT+11
Isnin 08:00

Pelanggan di rantau Eropah dan Asia akan mengalami pasaran forex dibuka 1 jam lebih awal mengikut waktu tempatan dalam tempoh ini.

Eropah DST Bermula (Dari 28 Mac 2021)

Sekarang
Location
Timezone
Buka Pasaran
New York
GMT-5
Ahad 17:00
Waktu Pelayan
GMT
Ahad 22:00
London
GMT+0
Ahad 22:00
Limassol
GMT+2
Isnin 00:00
Hong Kong
GMT+8
Isnin 06:00
Sydney
GMT+11
Isnin 09:00

Pelanggan di wilayah Eropah akan mengalami keadaan pasaran forex dibuka 1 jam lebih lewat mengikut waktu tempatan dalam tempoh ini.

Mula Berdagang Sekarang

Hanya memerlukan 5 minit sahaja.